iNFO : Kerana almari kabinet dapur, pelakon dan ayah kandung ke mahkamah !


KITA kadangkala menganggap kes meninggalkan ibu atau bapa di rumah orang tua sebagai salah satu langkah yang amat teruk dilakukan oleh seorang anak.

Bagaimana pula jika seorang anak memberi notis tunjuk sebab kepada bapanya sendiri untuk memberikan alasan mengapa bapanya tidak boleh dipenjara.

Itulah yang dilakukan oleh pelakon yang pernah terkenal dengan video terlarang satu masa dahulu, iaitu pelakon Wan Nor Azlin. Ia kejadian terbaru yang mengejutkan masyarakat sampai beri notis tunjuk sebab melalui mahkamah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini membatalkan permohonan Wan Nor Azlin untuk mengetepikan saman bapanya yang mahu mendapatkan perintah supaya pelakon itu keluar dari sebuah rumah di Taman Keramat.




Wan Mohd Hussin dalam writ saman yang difailkan pada 5 Februari lalu mendakwa, dia ingin menjual rumah yang mereka duduki bersama di taman itu dan mahu defendan keluar dari rumah.

Namun defendan enggan berbuat demikian kerana ada kepentingan selepas memasang kabinet dapur dan almari pakaian walaupun ia dibuat atas kehendak defendan sendiri.

Memang sukar nak difahami apabila seorang anak sudah sanggup memfailkan notis sebegitu ke atas bapa sendiri.

Untuk rekod, selepas reda isu video terlarangnya, Wan Nor Azlin kelihatan dia mula memakai tudung dan menutup kepala.

Selepas kembali mendapat banyak tawaran berlakon, Wan Nor Azlin kembali membuka tudung dan penutup kepala dan memperlihatkan rambutnya seperti sebelum insiden memalukan itu.

Berikut adalah apa yang berlaku semalam seperti mana yang disiarkan akhbar Harian Metro;



Shah Alam – Dramatis Wan Nor Azlin Wan Mohd Husain memfailkan notis tunjuk sebab terhadap bapanya di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam supaya memberi alasan mengapa bapanya tidak boleh dipenjara berhubung pelanggaran perintah isu penjualan sebuah rumah di Taman Keramat, dekat Kuala Lumpur.

Pada prosiding semalam, peguam syarie Mahyuddin Md Zahari yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, memaklumkan kepada Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar pihaknya sudah menyerahkan notis kepada defendan, Wan Mohd Hussin Wan Ibrahim pada Ahad lalu.

Peguam Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Wan Mohd Husain, 76, mengesahkan menerima notis itu, namun memohon satu tempoh masa untuk meneliti kes berkenaan kerana baru dilantik mewakili defendan.

Bagi memastikan kes berjalan lancar, Mohamed Fouzi kemudian menetapkan 11 November depan untuk sebutan semula kes dan memerintahkan pihak Wan Mohd Husain memfailkan afidavit pembelaan dalam tempoh dua minggu sebelum tarikh berkenaan.

Wan Nor Azlin ketika ditemui media di luar mahkamah enggan melayani sebarang pertanyaan, sebaliknya hanya menyebut ‘tiada komen’. - Sumber
Share on :
iNFO : Kerana almari kabinet dapur, pelakon dan ayah kandung ke mahkamah !
iNFO : Kerana almari kabinet dapur, pelakon dan ayah kandung ke mahkamah !
Reviewed by mediav89
Published :
Rating : 4.5

No comments: