iNFO : Gambar Manusia Dalam Perut Jerung !



Apabila gambar seorang lelaki berada dalam perut jerung dengan sebelah tangannya dikeluarkan memegang pisau bagi melepaskan diri daripada haiwan karnivor tersebut dipamerkan, ramai tertanya-tanya sama ada ia benar-benar gambar asli.

Jawapannya, gambar yang ditangkap oleh nelayan Australia dan dipamerkan di Hotel Metung, Victoria itu memang asli.Tetapi yang tak betulnya adalah, jerung itu sudah ditangkap dan mati.Nelayan yang mendapat jerung ini kemudiannya mengeluarkan isi perut ikan tersebut lalu melakukan aksi seperti dalam gambar.

Bagaimanapun di sebalik elemen berani dan lucu yang ditampilkan nelayan terlibat, ada juga yang merasakan tindakan ini tidak betul dan wajar. Mereka adalah para pencinta haiwan yang bengang melihat cara jerung itu diperlakukan. -REM RAMZI

Share on :
iNFO : Gambar Manusia Dalam Perut Jerung !
iNFO : Gambar Manusia Dalam Perut Jerung !
Reviewed by mediav89
Published :
Rating : 4.5

No comments: