iNFO : Abby Abadi Jumpa Keluarga Suami !

Abby Abadi Ambik Berkat Nik Aziz, Kenal Keluarga Suami

KL, 23 JULAI 2013: Siapa sangka 5 tahun hidup single,akhirnya Abby Abadi kini telah bahagia bertemu jodoh dengan jejaka muda 12 tahun daripadanya. Malah, Murai Batu tengok Abby Abadi gembira sahaja memuat naik foto-fotonya dan suami di laman Instagram.

Dengarnya, Abby Abadi tidak sempat berkenalan dengan keluarga besar suaminya yang bernama Farhan itu sebelum mereka bernikah. Yelah, mananya nak sempat, kalau baru 12 hari berkenalan terus bernikah.
Tapi, Murai Batu tengok ianya tidak menjadi masalah besar buat keluarga suaminya itu, kerana daripada foto yang dimuatnaik oleh Abby, keluarga mertuanya itu nampaknya menerima kehadiran Abby dengan sangat baik walaupun anak bujangnya berkahwin dengan wanita berstatus janda anak 3.

Dalam foto yang dimuatnaik, nampak ceria sahaja keluarga barunya itu menerimanya ketika mereka bersama-sama berbuka puasa di kampung suaminya yang terletak di Kelantan.

Bukan sahaja keluarga suaminya, malah, Murai Batu lihat anak-anak Abby juga turut kelihatan sama di dalam foto yang dimuat naik itu mesra dengan suaminya itu. Mereka sempat merakamkan foto keluarga barunya itu.

Selain itu, Abby Abadi juga sempat membawa Farhan berjumpa Tok Guru Nik Aziz (TGNA) ketika berada di Kelantan dan di dalam captionnya untuk fotonya bersama Nik Aziz dan isteri itu "Mohon keberkatan & doa dari TGNA agar hubungan kami suami isteri berkekalan & bahagia hingga ke akhirnya...Aminnn! Tq ALLAH atas kesempatan ini".

Wah nampaknya, Abby Abadi cuba untuk mendapat restu dan keberkatan daripada semua keluarga dan rakan-rakan terdekatnya. Baguslah begitu. Tahniah Murai Batu ucapkan dan selamat pengantin baru di atas perkahwinnannya, Murai Batu pun harap agar perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat.

(SUMBER)
Share on :
iNFO : Abby Abadi Jumpa Keluarga Suami !
iNFO : Abby Abadi Jumpa Keluarga Suami !
Reviewed by mediav89
Published :
Rating : 4.5

No comments: